Saturday, March 13, 2010

Kenapa Mudah.My

Mudah.my merupakan tempat di mana semua barang-barang second-hand berkumpul dan ini merupakan peluang anda untuk menjual barang lama yang kamu tidak mahu lagi guna.

Salah satu sebab Mudah.My merupakan lombong membuat duit ialah apa-apa sahaja barang yg masih boleh diguna atau pun rosak boleh di jual. Biar pun laptop anda ada rosak teruk orang tetap akan beli.

Perkara penting yang harus kamu tahu ialah memberi maklumat yang tepat tentang barang yang kamu hendak jual. Kalau laptop ada masalah speaker atau pun screen ada masalah beritahu lah awal-awal supaya pembeli sudah tahu apa kerosakannya dan akan lebih yakin hendak membeli kalau tahu apa masalah barang kamu.

Mudah.My merupakan medium yang tidak patut di lupakan bagi peniagaan yang berniaga sama ada online atau pun offline kerana tempat ini merupakan lubuk pencarian bagi semua orang di seluruh Malaysia.

Majoriti pembeli Mudah.My lebih suka C.O.D on the spot daripada postage kerana atas kepercayaan pembeli dengan barang yang dorang nak beli.

Mark up price tinggi sikit daripada apa yang kamu harapkan dan beritahulah yang kamu masih boleh menurunkan lagi harga barang kamu.

Paling penting dalam jual beli di Mudah.My tidak kira offline atau online, kamu hendak la bersikap jujur untuk mendapat pembeli.